people can change .

hye and assalamualaikum . :)

salam jumaat aku ucapkan kepada korang semua yang selalu merajinkan diri untuk jenguk belog aku yang tak seberapa ni .muehmueh

actually..dalam 2 minggu ni aku sgt sibuk dengan test and quiz yang bertimvun-2.almaklum la..nak dekat-2 cuti ni memang semua lecturer berebut-2 nak booking untuk test and quiz.so...apa lagi,buku baca kami la beb. -.-

tapi..alhamdulillah la..even buku baca kami pun result aku okay.better than sem 1.hehe. :) *mesti mak i happy >.<


 sedang aku mengunyah cadbury and mengadap laptop smabil ber-FB*cuti kan~ :D ,aku sempat la stalk fb kawan-2 aku time sekolah menengah dulu..tertengok and terindu dorang semua*even tak berapa rapat.tiba-2 aku teringat kenangan masa shikulah dulu...kenangan yang takkan aku lupa sampai bila-2.. :')

pernah tak korang percaya seseorang itu boleh berubah dalam sekelip mata sahaja?
sama ada makin teruk or better than past .

percaya tak ?

humm .okay..actually dulu time aku sekolah menengah..aku bukan la seorang student yang baik *sangat.aku nakal .from form 2 sampaila ke form4.masa tu dah matured sikit.biasa la kan,sekolah perempuan saja..mana tak nakal nya.selalu ponteng kelas and pergi lepak kat bilik sakit.kunci pintu dari dalam.then,pesakit lepak kat luar.hehe.lepas habis time sekolah,fly pergi BILLION,makan-2 and shopping.kalau tak pun,fly balik rumah farah.time prep malam lak,makan maggi.*kitaorang dulu freehair  je dalam kelas.tak pun pakai kain[baju kurung] kat kepala and main kejar-2 kat koridor.bhahaha.memang seronok la time tu -.-"

then..time form 4 aku pindah ke sebuah mrsm di hulu terenggganu.bertemankan pokok-2 getah and kelapa sawi ant also binatang warna pink yang mempunyai ekor berpintal pendek yang suka langgar pagar belakang hostel time aku tengah berus gigi malam-2 -.-" kat situ la eden menuntut ilmu .

kat situ banyak kenangan pahit dan manis yang mengajar aku erti sebuah kehidupan.dan kenangan itu juga la yang mematangkan aku :')

and kat situ juga la aku bertemu someone yang bergelar hamba ALLAH .tak perlu aku nak bercerita panjang.biar la semua ni jadi kenangan and rahsia antara aku dan ALLAH.aku tak salahkan sesiapa dalam hal ni..semua ni takdir yang ALLAH tentukan untuk aku..biar pun pahit..aku redha.mungkin antara kami tak ada jodoh.serius hati aku masih terluka and sampai sekarang pedihnya masih terasa.tapi siapa la aku untuk melawan takdir.aku hanya insan biasa.yang tak lepas dari melakukan kesalahan.. :')

biarpun hati aku terluka..tapi hidup ALLAH ada di sisiku.di saat aku jatuh,ALLAH akan hantar seseorang untuk naikkan balik semangat aku.di saat aku sedih,ALLAH kurniakan aku seorang ibu yang tak putus-2 mendoakan kebahagiaan anaknya dan di saat aku kesunyian,ALLAH beri aku ramai kawan yang sentiasa memberi suntikan semangat untuk aku terus berjuang. :') terima kasih untuk segalanya.

setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..biarpun aku tak couple macam dulu..and dah tak ada orang yang selalu belanja aku makan ais krim di saat aku sedih,and ceriakan aku dengan senyuman and kata-2 semangat,tapi..berbekalkan semangat dan sokongan dari insan-2 yang aku sayang,kehidupan aku sekarang bertambah baik.lebih baik baik dari dulu :')

tak dinafikan,aku jealous tengok kawan-2 aku yang lain couple..tapi..bila di ingatkan balik semua perkara yang berlaku..aku rasa..biarlah aku sendiri..itu lebih baik.. :')

aku sentiasa menunggu bakal imamku kelak untuk menjemput aku.bercouple dengan cara yang halal.dan memimpinku serta anak-2 kami ke syurga-Mu ya ALLAH :')

aku tak kisah apa pandangan orang lain terhadap aku.aku single bukan aku tak laku,tapi cinta ku LIMITED EDITION.

and..kepada sesiapa yang aku dah banyak buat silap..aku mohon sejuta kemaafan.aku tahu aku bukan lah seorang kawan yang baik :') tapi..itu dulu..sekarang aku adalah aku yang baru..last but not least,aku harap kawan-2 aku dapat baca semua ni.:')

ikhlas dari hati aku.wassalam.




p/s :yang teruna-teruni tu jangan lupa p masjid . solat jumaat -.- sila jangan malas.and sorry for the typo.

test ibarat mucik dan lagu~

hya and assalamualaikum .

esok and beberapa hari selepas ni aku akan menghadapi test yang berduyung-2 banyaknya.berdebar-2 jantungku :)

so..pray for me. :) *orang yang mendoakan kejayaan orang lain,allah akan bagi ganjaran pahala untuknya.so apa lagi? doa la banyak-2 >.<

thank you honey.muehehe

nota kaki : aku masih sakit kepala memikirkan nasibku selepas ni.science,please be nice to me baby :')

TER :)

hye and assalamualaikum :)

hehe.actually,aku baru balik daripada TER with my geng[s].kitaorang pergi sana untuk merosakkan lantai hall bowling.bhahaha.*aku terutamanya :D

mana tak nya..cik alyaa santik ni over sangat main.almaklum la kan first time aku main.cehh*sebelum ni main  gelek buah nyiur aje -.- tapi..serius.seronok gila tadi.haha.bising gila tempat tu dengan jeritan gadis-2 yang agak supan-santun.confirm la macik-2 yang baru nak merisik tu lari balik rumah.wkwkwkwkw.*plish jangan tiru okaih?

tadi aku keluar berempat.GIRLS only.i repeat,GIRLS only :) *jangan nak tabur fitnah  pulak. -.-


nota hidung : ni pic kami berempat.moh nak intro.dari kiri,AKU,ZATY,DILA AND SOFEA 
                    *comel tak pic ni? >.< credit to pakcik yang tengah main bowling

actually aku tak nak pun main sebenarnya..tapi..because of si sofea yang mendesak aku and siap bawa stoking special untuka aku main,maka aku dengan paksa rela nya merajinkan diri untuk main -_________-

kitaorang main dua games.first game tu aku and dila jadi raja..tapi yang second tu si zaty and sofea pulak yang jadi raja.*bukan apa..kitaorang ni baik hati nak bagi sedekah point sikit kat dorang tu :) baik tak ?


nota kepala : sempat lagi pose before aku merosakkan lantai bowling line tu :) *nasib baik tak melayang je                      
                    bola tu kan? -.- buat malu je cik alyaa oi.

nota jari : ni pic kami bertiga.muahaha.thanx to si dila yang susah-payah memicit hp aku tu :)

okay.itu sahaja.hehe.*actually,aku nak tunjuk gambar je.bhahaha.memang gila camera la muka-2 kat atas ni -.-"

adios bebeh .
hye and assalamualaikum anda yang comel-2 and hensem-2 tu :)

ehem.suka la tu kena puji kan ? -.- menyampass i.



first of all..aku nak wish SELAMAT MENYAMBUT HARI MAULIDUR RASUL.and also selamat bercuti kepada you olls semua.aku cuti tiga hari.yeayyy! :D bhahaha.*orang lain cuti lama pun tak ada la nak heboh sangat -.- menyampass i

okay..actually dalam dua tiga hari ni aku rasa pressure sangat-2.dek kerana busy dengan kelas yang non-stop and also kuiz and test yang berderet-2 ibarat anak itik pulang petang and tak lupa juga dengan masalah rumah tangga yang menghantui diriku.*sejak bila aku kahwin ni? -.- menyampass i tapi..serius.rasa down and lemah sangat.tapi..jangan risau.ALLAH kan ada :)

aku pressure pun tak ada la sampai demam seminggu and muka pun masam lebih masam daripada cuka getah kan?cool je..padahal dalam hati aku ni macam argghhhhh!tension tension! 
rasa nak makan banyak-2 je biar jadi macam belon.bhaha.depan classmates konon la senyum aje,tapi.. menangis juga kat belakang kelas.hahax.*cover-2

bukan apa tau..aku kalau pressure aku akan menangis tak berlagu and aku lebih suka pendam sorang-2.*aku pemalu.malu nak luah kat orang and baik hati.tak nak susahkan kawan aku :) and but..plish la jangan tiru perangai aku ni.kalau korang rasa pressure sangat-2 sampai hanya mampu mengensot je and hanya mampu makan guna kaki ,plish la story kat membe-2 tu.jangan pendam sorang-2 okaih?

and.

memandangkan i cuti tiga hari,maka apa lagi.hangout la beb.merelease tension akibat daripada hari kuliah yang teramat padat. :) *aku rasa kalau duduk kat matrik lagi la tension tahap gaban -.-

hangout-2 aku pun tak ada la dari pagi sampai ke midnight.and tak ada la nak melepak dengan boboy yang tak berapa nak guna tu -.- *certain lelaki je.mohon jangan terasa :) nak aku mention nama pun boleyy.bhahaha.

okay la.cukup sampai di sini entry aku pada kali ni.kalau korang rasa bosan dengan hujah-2 aku kat ats tu,mohon mamoh skin laptop masing-2 :) adios baby!



nota kaki : first time i pakai eye liner.nampak macam muka angry bird.bhahaa :D *mohon jangan curi gambar aku.okay -.-





suka tapi..baik pendam or luahkan? =>.<=

hye alls and assalamualaikum :)

pa habaq?sihat ka?*jadi orang penang jap.haha.kelas eden batal thats why eden muncul untuk menconteng arang di belog eden yang tak seberapa ni.muahahaha*penat tau edit.tepuk tangan la sikit -.-

actually i nak share something dengan uolls.it's about LOVE.*apa tu?


soalan :

"awak,kalau saya suka orang tu,patut ke saya cakap kat dia?"

hurm..ada la beberapa member eden yang bertanya soalan ni.*tak kira lelaki mahupun gegurls.so..ini jawapan nya.dengar ceq nak habaq mai ni.

jawapan :

memang fitrah manusia ALLAH jadikan berpasang-pasangan,wujud perasaan cinta atau suka antara satu sama lain and so on la.tak kira walau sejauh mana pun kita lari,kalau dah jodoh,di mana-2 pun boleh bertemu.betul tak?

so..apa yang aku nak tekankan di sini,suka tak salah,sayang pun tak salah.tapi..ada syarat-2 nya.

first,kalau aku luah dekat dia,apa jadi ehh?okay guys,listen here.kat sini ada 2 kemungkinan.

1)bertepuk kedua-2 belah tangan
 means..girl :'awak...saya suka awak..'*malu-2 macam siput sedut

            boy: 'saya pun suka awak juga..*hati berbunga-2

2)bertepuk sebelah tangan
means..girl : 'awak..saya sebenarnya sukakan awak....*sambil malu-2

           boy: 'sorry..saya lansung tak sukakan awak.*blah dari situ dengan muka annoying

nampak tak?ada 2 condition,so..korang kena ambil risoko untuk patah hati and kecewa.then lepas tu mula benci dekat orang tu.see?tapi..kalau korang dapat green light,aku tumpang makan nasi minyak.hewhew

second,kalau aku tak luah,nanti melepas la beb !siapa cakap melepas?suka hati je.*hempuk jugak kang -.-
actually..kalau korang tak luah and tetiba si dia di ambil orang means ALLAH dah tetapkan jodoh korang dengan orang yang lebih baik.tak perlu bersedih bagai.tak perlu rasa rugi sebab tak semestinya orang yang kita suka itu seorang yang baik and sesuai dengan kita.

and..don't you ever suka seseorang kerana rupa! sebab..nanti tua,muka tu akan berkedut seribu juga.*cucuk botox la konon -.- so..cintai seseorang kerana hati dan sikap nya..bukan kerana rupa.muka berjerawat,hitam and so on tak apa..collagen and vitamin banyak.boleh beli.so don't worry :)

third,kalau kami bersama..boleh ke aku handle akademik and cinta ni?haa..yang ni depends on masing-2 la.ada sesetengah orang yang boleh and sesetengahnya berat sebelah and tak kurang juga yang hancus.so..untuk selamatkan keadaan,korang kena pandai-2 la handle semua ni.dua kerja dalam satu masa.boleh tak? rasa-2 ?

apa-2 pun...for my opinion,aspecially for students,tak kira pelajar sekolah ke uni ke,andai kata korang sukakan seseorang,pendamkan dulu.kalau dah ada kerja yang bagus and duit bertimvun-2 masuk la meminang.kahwin terus.bercinta selepas kahwin itu lebih baik and jangan lupa berdoa kepada ALLAH.insyaallah kalau ada jodoh,tak ke mana.tapi..kalau korang rasa korang boleh handle akademik and cinta sekaligus tak apa la..just do itaku on je..apa-2 pun,aku menunggu untuk makan nasi minyak korang nanti.good luck ! muahahaha :D

sekian sahaja daripada aku.semoga bahagia kalian semua:)



 nota kaki : sempat lagi posing time phy lab.bhahaha. :D









stress datang lagi ! tidakkk !

assalamualaikum and hye :)

hari ni hari yang sangat meletihkan and stressfullllllllllll for me.hurm.biasa la kan.hari ada kuliah memang rasa penat sangat-2.nak kata kelas straight dari pagi sampai ke petang tak pun.ada juga gap.maybe kepala ni dah rasa berat dengan kotak-2 buku kimia,fizik,bio and so on

serius..baru berapa bulan belajar,tapi..dah rasa full dah kepala ni.baru sem 2,belum lagi naik sem 3 and above. -.- macam mana ni~~

dalam menuntut ilmu ni.mesti ada di antara kita yang rasa pressure*tertekan .betul tak?
kalau tak rasa tu memang pelik bebenor lettew. -.-" confirm punye.at list tertekan sebab tak dapat nak buat keputusan nak pakai baju apa untuk ke kelas.*aku la tu .pilih baju pun dah rasa tertekan.see?

bukan apa..aku nak juga dressing like others.jangan ingat budak sains ni just pakai baju kurung 24 jam,pasif,nerd,ulat buku or skima or apa-2 aje la.*biasanya macam tu la.hello~ sekarang dah moden ok.budak sains dah jadi macam budak OM.baju beragam bagai.warna pula striking.tak main la warna-2 pucat ni.nampak tak?dunia hari ini.bhahaha

actually..pilih baju tak la rasa presure sangat.lagi pressure dengan homework and subjek yang bertimbun-2 ni.rasa macam OMAIGOD! OMAIGOD ! WHAT SHOULD I DO?! belajar makin banyak tapi..yang lepas-2 tak berapa nak cover lagi.memang rasa nak pelempang muka sendiri.memang patut pun -.- *adik-2 jangan tiru perangai akak yang tak senonoh ni

okay la.stress aku dah makin berkurang.itu guna nye korang semua.untuk teman aku di kala sunyi dan gembira.thank you.aku dah ngantuk.esok kelas awal pagi. :)

adios !

p/s:suka la tu sebab entry aku kali pendek.cett -..-


*sempat lagi berangan nak anak comel macam ni.kuikuikui. :p

KIBAR .apa tu?

assalamualaikum and hye uolls ! :)

hows your day today? shine bright like a diamond ? haha.actually,aku baru balik daripada KIBAR ni.korang tahu tak KIBAR tu apa? :)

moh sini aku nak cakap.duduk,duduk.jangan malu-2.muehehe

actuall,KIBAR tu KELAB IPT BARISAN NASIONAL.aku pun tak berapa tahu sangat pasal benda ni actually.hewhew.ingatkan pergi HOTEL PERMAI just untuk makan-2 dengan pemimpin je.tup tup dapat tahu ada KIBAR kat sana.siap dapat baju free la uolls tau.bhahaha.nak tengok ?

nah.



cantik tak?biru gitu lorh.hehe :D

and one more thing.aku ingat pegi sana just bebudak UITM CHENDERING je tapi rupa-2 nye ramai lagi kot.ade student from UTM and ramai lagi la.siap pakai baju KIBAR lagi.memang hebad la.



tadaa ! ni pic aku ngan my housemate zati and akak senior yang comel,kak fatma :) kitaorang duduk semeja tadi and also with abang-2 senior kat depan.muehehe.tak sangka akak fatma ni ohsem sangat. >.<

majlis berlangsung kejap je.nyanyi-2 and dengar ucapan sikit lepas tu habis la.taraa! cepat kan? tapi..time YB tengah bagi ucapan..kepala i rasa macam nak cium buncu meja dah.ngantuk.sangat tak senunuh betul . -.-



ni pic aku and member-2 sekelas.omaigod~ i'm the smallest one 'O' *pengsan .yang paling vogue,sofia nabila la.jeles i tau .cehh.btw,suka pic ni.colour dia cantik.kan ? :)


and lasttt sekali...ni la all participants yang joik KIBAR tadi.i'm really proud and happy coz dapat join MPP semua.bukan senang tau.

ehem

lain kali..harap-2 dapat join pulak.seronok.dapat kenal-2 dengan senior and macam-2 lagi la.*wink3

okay.itu sahaja.adios bebeh !

opps.btw,thanx to khusyairi coz suka mention nama i.reall proud of u boy :)

#sorry banyak typo -.- *kena masuk tadika balik

ada apa dengan KPOP?

assalamualaikum.

hye uolls ! hari ni iolls nak cakap yang iolls penat and sangat mengantuk.tak tahu kenapa -.-

okay..tadi iolls tengok*means stalk fb someone ni.seems that she *opps! sangat anti dengan kpop ni.i don't know why.but from her status,i can see that she really really really hates them*i mean kpop idols .

but why ?!!

hurm . she told everyone that kpop idols especially men la pakai macam perempuan.but not all actually.lepas tu pakai wigs la,siap pakai mekap bagai.tak cukup dengan tu,buat muka cute lebih-2 even mereka dah sememangnya cute.kan ? what the ship baby? maybe ada sesetengah group idols ni.aku tak nak mention la group mana kan.hehehe

biasa la tu.ARTIS.lebih-2 lagi orang luar and beragama bukan islam.kita orang islam ikut la cara yang tak melanggar syariat islam.tahu-2 la kan pakai pakaian yang menyerupai pakaian gender yang berlainan tu dosa and haram pula tu.*means perempuan pakai baju macam lelaki.faham ta? *aku rasa macam cikgu pulak. -.-

the most important...WE HAVE TO RESPECT THE OTHERS.budaya negara kita MALAYSIA and negara lain berbeza.*kalau sama pun tak banyak la.as you know la orang korea ni cute-mute,baju fulamak!,memang comel.and always jadi trend anak muda sekarang*include me.bhaha 

kalau kita kat sini,aku rasa tak ramai yang berani nak dressing macam koreans kan?sebab..kalau silap dressing nanti akan nampak agak pelik. muehehe.tapi..i totally proud with those people yang dare untuk dressing cute-mute ni.kalau orang pandang pelik pun dorang still lagi macam 

"hello~ ada aku kisah ? 

or..

"hurmm.jeles la tu tengok baju aku lawa.kau berani ?"

haxhax *ketawa buat-2.

okay.enough.even i'm not a part of real fan of korean idols yang betul-2 obses tapi..aku still lagi hormat kpop fans yang lain.biarlah mereka.lain orang,lain citarasa :) kan tayanggg? :* muehh


BIG BANG
bukti tak semua kpo idols macam perempuan . tough kan dorang ? auw auw~ feymes pulak tu . ^.-


even aku ni bukan real fan.tapi..aku ada la jugak minat group ni.BEAST IS THE B2ST ! yeahh !
they were totally ohsem.especially yoseob.sangat . ~^.^~ *melting meting~

kalau girls group.aku minat SNSD,MISS A because of suzy and min and f(x) sebab ada sulli yang comel tu >.< *wink wink !


fakta or auta : SNSD feymes dengan palstic surgery.ea ke? -.-"


MISS A 


f(x)

seriously aku rasa jeles dengan korean girls sebab dorang sangat comel.wuuwuu ~ *aku bersyukur dengan apa yang ada :) mueehehe

okay.thats all.ketemu lagi.adios !

tips & tuto :cute tab buttons





hye uolls ! :)

hari ni..aku nak share tips *means tuto la about HOW TO PUT CUTE BUTTONS TAB IN YOURS. cehh,i speaking la uolls.muahahaha.

comel tak button tab kat atas tu ? ^.^ i make them myself tau.hewhew.senang je..guna photoscape.tapi..image tak transparent la :( *but..it's okay...i just want to share THE CODE je.muehehe

mula-2,korang kena add gadget HTML CODE below header or sebelah tepi dekat sidebar.faham ta? *lau tak faham jangan malu-2 tanya :)

and then,copy and paste code kat bawah ni :

<center><a href="LINK FB/TWITTER/APE-2 AJE" target=" _blank"><img src="URL IMAGE" width="190" height="90" /></a></center> 

menjadi or tidak ? :) okay,thanx baby for choosing mine .heww

sibuk .

assalamualaikum awak yang comel lagi hensem tu ;)

hari ni saya penat sangat-2.terpaksa berkejar ke sana ke mari -.- tambah lagi dengan kelas yang jenuh daripada pagi sampai ke petang.nak makan pun tak sempat . hurm :(

tapi..takpe..demi AWAK . dan gaji saya esok-2 . *sempat lagi :D

mood : lama hp tak bunyi .hurmm . :( *mood sedih jeles tengok orang lain gayut atas pokok

i'm coming back !

assalamualaikum and hye :)

lama dah aku tak jenguk blog ni.hehe.busy la katakan.hurm .. sepanjang i tak menulis ni..actually banyak benda yang terjadi..tapi..i think better i forget about it coz it makes me down.SANGAT.pape pn..belum terlambat untuk i wish 'HAPPY NEW YEAR 2013 !' *EXCITED -.- pejam celik-pejam celik umur i dah meningkat naik jadi 19 tahun.tua sudah~ :D tua-2 pun maintain la beb .*prasan lagi -.-

actually..i tengah down ni..coz i had failed TTTTTTT . T.T sobs sobs ! i don't know why.nak kata i ni couple,tak..tapi..result macam tu jugak.hurmm.dugaan ALLAH nak bagi.maybe bukan rezeki i kot. :( apa-2 pun,i don't give up.never ever ever .pray for me :( sem 2 ni dah la pendek,and and banyak benda yang nak belajar.so...sangat-2 mencabar minda and fizikal . >.<

one more thing...i miss my friends so much .ALL OF THEM ! SANGAT ! :( i know...korang tak kan ingat aku punye..kan ? :( sedih.rindu nak bergosip sambil menghabiskan duit PTPTN.astaghfirullahalazim... -.-"

haa.ada lagi..I LOVE YOU ALL.k bye .

play with ballon . alone . :(