me love rain !

assalamualaikum .

menunggu insan yang tak kunjung tiba.ceceh. -.-

hye guys.
and selamat tengah hari.well,today is raining.as usual la.hehe
coz sekarang musim hujan.tapi belum lagi banjir :)
kalau banjir dah lama i kayuh perahu i tu.
kayuh you~ -.-"

entry i hari ni pendek saja.
jari i kecut sebab sejuk(hujan kan)
so i tak dapat la nak membebel panjang-panjang
confirm you alls gembira sampai lubang hidung terbuka sehingga mencecah 5cm.
-oo- <--------------macam ni.agak tak senonoh.

okay.before that,siapa suka hujan ? ^^
put your hands up girllsss!
hehe.
AKU SUKA HUJAN .
sangat-sangat suka.
sebab...time hujan korang boleh menikmati hot choc sambil berbunkus dalam blanket 
betul tak ? ^^
kalau time panas or tak hujan korang takkan dapat buat macam ni.
kalau da pun....entah la -.-"

hot choc.urmm~ yummy !

haa..satu lagi..kalau time hujan automatik mata korang akan rasa berat kan?
dunia ni akan rasa seolah-olah berputar-putar.
hehe
apa lagi..jom tidur ! ^^ bai !

seronok nya ~ huuu~

tips lupakan kekasih yang *curang .

assalamualaikum .



hye guys.hehe.okay,first of all,congratulation la untuk TRW coz menang semalam.gomo qlate gomo ! hidup budu!haha. okay.ehem. *bajet cute.terkial-kial kaki aku semalam depan tv macam aku pulak yang main bola kan ? -..-

okay.tutup cerita semalam.today i want to tell you guys bout tips-tips lupakan kekasih curang ^^ *ayat tadika.haha.

ramai yang berpendapat senang sangat nak lupakan kekasih curang ni..i mean EX.kalau dah kantoi curang tu buat apa hang nak go on lagi kan?buat sakit hati jaa. -.-" fuhh.actually...bukan mudah nak lupakan golongan 'yang tak cukup kasih-sayang' ni :) betul takkk betull takkk ? *sila jawab lebih-lebih lagi kalau korang couple tu dah bertahun-tahun lama nya.seksa jiwa hang tau.silap-silap haribulan,benda lain pulak jadi nya -.- nauzubillah.

so....duduknya aku di sini nak bagi tips serta semangat untuk korang yang kena dumped dengan EX korang yang tak guna tu.okay sayang ?rilex rilex~ :)

-----------------------------------------------------------

1)memaafkan kesilapan orang tersebut

haa...confirm susah kan ?dah la si dia buat korang sakit hati lepas tu korang kena maafkan dorang dengan senang-senangnya? wth la wehh.at list before korang maafkan dorang,korang kena terajang or tumbuk dulu muka dorang habis-habisan.am i right? ^^ buat macam tu memang seronok..tapi...benda akan buat korang rasa makin serabut and tertekan.confirm.so..jalan penyelesaiannya..maafkan dorang even ambil masa yang lama..take your time baby :) kalau korang dapat maafkan 'insan yang tak ada perasaan' tu korang memang HEBAT !serious.bukan senang tau.even hati korang sakit..ingat lah segala yang berlaku ada hikmahnya..bersyukur sebab allah dah tunjukkan siapa dia yang sebenarnya.and berdoa agar suatu hari nanti allah akan pertemukan korang dengan insan yang lebih baik :) okay?


2)banyakkan ibadah sunat dan berdoa

hurm.kalau korang tengok sekililing korang especially couple yang berpeleseran di mall-mall or mana-mana kaki lima or tempat-tempat yang tuuuut.ehe.apa yang dorang buat ? mengaji quran bersama-sama kah ? or si pakwe jadi imam and si makwe jadi makmum ? macam tu ? paling tak pun korang akan tengok pasangan-pasangan yang confirm masuk syurga ni pegang-pegang or ringan-ringan betul tak?masyaallah.tapi.....tak semua couple macam tu tau.hanya segelintir sahaja :) kalau couple yang banyak buat maksiat ni confirm makin jauh daripada allah kan ?so..allah pisahkan pasangan couple ni sebab allah nak dorang back to basic.ingat siapa pencipta dia.tugas dia atas muka bumi ni.ang komitmen dia as seorang anak or pelajar or apa-apa je la.so...no reason for mereka untuk menangisi pemergian orang tersayang and menyakitkan hati tu.for what kau nak nangis?come on la..allah bagi peluang untuk kau bertaubat.kalau nak sangat menangis,merintihlah pada-Nya dan berdoa la agar kau dapat hidup dengan lebih baik selepas ni.okay sayang ? :)


3)lupakan segala kisah lama

ehem.aku tahu bukan senang nak lupakan semua memori manis yang tercipta.*cewahh ayat aku ^^ tapi...u have to delete all of them.tak guna korang simpan gambar-gambar or anything yang berkaitan.benda alah tu just buat korang makin sedih pastu mula la nak menangis.so...cara yang terbaik BUANG SEMUANYA.faham ? :) jangan simpan walaupun secebis.kalau tak confirm korang akan ingat balik.and kalau untuk insan yang bijak,jual saja lah barang-barang tu,dapat duit.kan ?hehe :p kenyang perut hang juga nanti.so apa lagi,jual la ! :)

4)jangan contact dia lagi

hurmmm cik kiahhh..aku tahu kalau korang delete number hp dia pun..kau tetap ingat lagi number dia kan ? yelahh..mana tak nya sebab korang dah hafal number hp dia tu..paling tak pun korang akan save as nama dia as ITIK.hehe.kan ? >< *aku tahu la...jangan nak tipu okay.so...cara terbaik,guide yourself from contact him..jaga jari anda and mulut anda.tak payah buat-buat tersilap tekan number or tersilap call,anything la.TAK PAYAH.memang susahh..tapi try la.okay ? >< ingat balik apa yang dorang dah buat kat korang.for what korang nak mesej or call dorang lagi?membazir kredit je.baik korang top-up aku je.hehe kan ? ^^

5)tanamkan niat untuk jadi seorang yang lebih baik

kalau korang rasa time couple tu korang ni jenis yang suke demand or jenis pisau cukur---->then clash.so apa kata korang ubah sikap tu.maybe sikap tu la yang membuatkan mereka rimas and lemas.memang tiada manusia yang sempurna melainkan NABI MUHAMMAD S.A.W... tapi..apa salah nya kalau kita tiru keperibadian rasullullah.betul tak?in sha allah korang akan jadi seorang yang lebih baik.saham korang pun makin naik.yelaa..siapa tak nak wanita or lelaki yang baik betul tak ?untung la anda sekiranya anda tergolong dalam golongan tersebut.tak cantik tak apa,yang penting molek tingkah laku.setuju tak ? :)

6)jadikan kisah lalu sebagai pengajaran

okay..last but not least.jadikan segala yang telah berlaku sebagai iktibar.gunakan untuk matangkan lagi diri anda especially dalam cintan-cintun ni.kalau korang dah expert tengok muka dah tahu dah perangai dia macam mana memang korang ppeerrrrggghhhhhh la.hehe.in sha allah korang akan jumpa insan yang dicari selama ini.tunggu masa je bebeh.sebelum tu JAGA DIRI ANDA DENGAN BAIK KALAU ANDA NAK PASANGAN YANG BAIK ^^ okay?kumbang or bunga bukan nye satu..bertimvun-timvun lagi haa.petik jari je beb.hhaha.

-----------------------------------------------------------------

okay...cukup setakat tu.panjang lebar dah i merapu ni.hehe.so..aku harap readers sekalian tak berperangai macam ni ehh?*curang.kalau korang rasa nak curang juga.fikir 2,3 kali dulu.ingat janji allah..."SESIAPA YANG BUAT BAIK AKAN DI BALAS DENGAN KEBAIKAN,DAN SEBALIKNYA.."janji allah itu pasti sayang :') okay.thanx sudi baca :) wassalam.

mood :hujan renyai dan aku terus berbungkus dalam selimut sambil menunggu si dia yang entah siapa   >< *banyak la hang.


warkah cinta buat bakal suamiku :')

assalamualaikum .

entry kali ni agak serius sikit.ceehh.serius la sangat.-.- tapi no more merapu-merapu ehh?aku tulis warkah ni ikhlas daripada hati aku sendiri and from rintihan or luahan perasaan kawan-kawan aku yang bergelar perempuan a.k.a wanita.

dear boys or lelaki sejati..listen hear.baca and hayati betul-betul.in sha allah korang akan lebih faham bout what women wants from si lelaki-lelaki ni.maybe ada sesetengah perempuan yang sependapat dengan aku and maybe tidak.depends on masing-masing la ehh ? :)

ehem.


--------------------------------------------------------------


assalamualaikum..

wahai bakal suamiku....
aku menulis warkah ini agar kau mengerti tentang apa yang aku harapkan daripadamu suatu hari nanti..
memang aku sekarang aku tidak mengenalimu atau mungkin kau adalah sahabatku sendiri tetapi jodoh itu ditangan Allah..tiada siapa yang tahu sehinggalah aku sah menjadi isterimu nanti..

wahai bakal suamiku..
aku tidak mengharapkan wajahmu sekacak robert pattinson..tapi..cukuplah sekadar sedap mata memandang.aku tak mengharapkan wajah yang berkulit putih,sasa atau kaya..yang aku harapkan adalah seorang lelaki yang boleh mengimami aku dan anak-anakmu suatu hari nanti dengan baik..dan mempunyai kerja yang halal serta boleh mendidik dan menjadi ketua keluarga yang baik..aku tak minta harta yang melimpah-ruah mahupun rumah yang besar-besar..yang aku pinta hanyalah nafkah yang mencukupi buat aku dan anak-anak  dan rumah yang mempunyai bilik tidur yang cukup untuk kita sekeluarga nanti..


wahai bakal suamiku..
aku harap kau seorang lelaki yang setia pada yang satu..bukannya seribu..dan aku tak kisah tentang masa lalu mu..jika dahulu kau seorang playboy or kaki betina or apa-apa sahaja perbuatan yang tak elok pernah kau lakukan..tapi kau sudah tinggalkan perbuatan terkutuk itu..aku terima dan redha..kerana dalam dunia ini tiada manusia yang sempurna dan tak pernah lepas daripada melakukan kesilapan..

wahai bakal suamiku...
aku harap kita akan bercinta selepas kahwin..kerana percintaan itu lebih indah dan membawa seribu barakah..in sha allah.keredhaan allah bersama restu ibu-bapa akan membawa seribu kebahagiaan dalam rumah tangga kita nanti..in sha allah..akhir sekali..sebelum aku akhiri warkah ini...aku mengharapkan agar kau menjaga batas-batas pergaulanmu dan maruahmu sebagai seorang lelaki dan anak kepada ibu-bapamu..didiklah dirimu daripada sekarang untuk menjadi seorang suami dan bapa yang baik suatu hari nanti..semoga Allah memberkati mu..ameen.. :')

yang menunggumu...
aku ,bakal isterimu


okay.aku rasa itu sahaja.sorry kalau ada ayat aku yang salah.hehe.almaklumla ayat budak 18 tahun ^^ hopefully kalian semua boleh terima la ea.and thanx sudi baca.wassalam :)


kawan sampai ke syurga ^^

hye alls !meet me again.hehe.baru dapat online hari ini.penat sangat sebab semalam baru sampai rumah.home sweet home baby ! >< rindu sesangat kat rumah ni haa.lama sangat tak balik.habis final baru balik rumah bukan tak nak balik but i've a lot of works to do there T.T heewww~ okay.don't cry-cry anymore coz from today till 2nd of disember aku akan bercuti.yeayy ! >< sangat-sangat seronok !

--------------------------------------------------

hurm. tadi sedang i sibuk-sibuk delete pics from my lappy coz dah heavy sesangat dah plus korean movie lagi ni haa,i terjumpa lah pic i dengan geng i dulu-dulu ^^ geng time form two kat SMK(A) NAIM LILBANAT.alahh.sekolah berprestasi tinggi tu...mesti korang kenal kan ? ^^ *tipu laa kalau cakap tak kenal -.- sekolah feyymes tu~ feeyymes after aku keluar time form 4 sebab  nak continue study kat MRSM QBER.maybe korang tak kenal kot.ehe :p aku pun tak tahu kenapa sekolah tu jadi sangat-sangat feyymes after aku keluar.why baby why ? 'O' *okay.pedulikan.

hurm.teringat balik zaman kecik-kecik dulu.*zaman form 2++ tuu.kecik la kan ? ^^ hehe,kadang-kadang senyum sorang-sorang juga. ^^ bukan apa..sebab time tu banyak sangat sweet experience kitaorang tau.skip kelas sama-sama and lepak kat bilik sakit,then fly pergi makan-makan kat billion.hehe.tak cukup lagi,hostel just just jadi tempat kitaorang simpan barang-barang saja coz after habis kelas,kitaorang akan balik rumah farah.hehe.seronokkan hidup ? ^^ tapi begitulah realiti hidup,sepandai-pandai tupai melompat,jatuh dalam swimming pool juga kan ? ^^ kalau kena denda itu biasa dong~ haha.nakal betul.budak-budak kan.minta maaf la cikgu ^^ hehe

time form two la kitaorang start bergang.masa tu lah yang nerd*macam aku,yang alim-alim macam *siapa ehh ? -.- tetiba bertukar jadi agak wooow!mabeles! ^^ calture shock maybe or..saja-saja.makin matured kot?haha.ala..biasa la kan budak-budak.tapi..sekarang ni semua dah besar-besar ^^ jadi anak dara yang cum-cun and lawa .haha.suka puji-puji kan ?>< sekarang ni kitaorang dah further study kat uni and matrik .and ada yang buat persediaan ke oversea.untung la dapat kenal mat saleh~ T.T tapi apa-apa pun kami still keep in touch.hehe.kalau time reunion tu memang bising bangoo la.hehe ^^ nak buat macam mana kan ? >< 

------------------------------------------------------


ni gambar kitaorang time form two.hehe.agak-agak mana aku ? ^^

korang tak marah kan aku upload gambar ni.hehe.jangan risau semua tudung jadi ^^ 
kalau pic yang kat bawah ni pic time birthday mirah.location : dalam bilik sakit.tempat yang paling best untuk lepak ^^ hehe *sorry guys actually aku lupa ni kek siapa .hehe :p sorry~



yang buat muka tak senonoh tu aifa nama nya.hehe. ^^ yang tepi dia,amirah and sorang lagi farah :)


haa..yang ni aku tak tahu macam mana boleh ada dengan aku.alang-alang masuk entry sekali la.hehe ^^
my lovey-dovey
anis.farah.syasya

okay.aku rasa cukup la kot.hehe.guys,aku bukan nak malukan korang tau dengan cerita semua benda-benda kat atas tu.hehe.just nak share dengan korang semua.and i'm pretty sure pembaca-pembaca sekalian pun akan,sedang or telah melalui perkara yang sama kan ? hehe ^^ biasa la kan budak-budak.*tak habis-habis dengan budak-budak -..-

okay.enough baby.wassalam ^^

with love,
-lyaa adens-

a walk to remember .


hye guys . bertemu kembali dalam blog aku yang tak seberapa ini .ehe.cukup lah dengan sedikit 'renda-renda pink' and 'tepek-tepek kartun' sedikit.hehe.cun kan blog aku ? lama sangat dah tak update sebab aku 'lemas' dalam kesibukan menuntun ilmu .serious tak ada masa nak melayan blog ni haa.ini pun ada masa nak mengupdate sebab sekarang dah start cuti sem.yeahhaaa ! >< jelous tak ? :p hehe

actually,kami kanak-kanak ribena yang comel-comel ni baru saja terlepas daripada kandang ketensionan *OH MY BM -..- peperiksaan.almaklumla kan..even kami ada gap beberapa hari pun time exam,tapi still juga bermata panda .it's okay baby,berkorban demi cita-cita -..- betul tak betul tak ? soalan dia tersangatlah senang sampai aku rasa nak gigit-gigit saja kertas yang comel-comel tu haa.mesti sedap kan rasa kertas-kertas tu ? ^^ nak try la.

okay .now we back to our topic.topic ? macam formal je -..- hurmm.disebabkan hari ni kami semua merdeka daripada cengkaman para buku yang penuh dengan teori dan formula,maka berduyung-duyungla kami semua ke mydin or giant untuk bersuka-ria or apa-apa sahaja bagaikan anak itik kuning terkedek-kedek,tapi seriously dalam hati still ag pikir pasal result nanti *memang tak tenang la cuti sem nanti -..- ya allah.permudahkan lah segalanya.ameen. T.T

----------------------------------------------------------------

okay.actually petang tadi aku keluar dengan my roomates buat kali terakhir...............pada tahun ini.sebab esok aku dah nak balik .yeayyy bebeh !! >< *excited gila -.- ehh,jap-jap ce pandang bawah .

pic1 :me,ilya and zaty 

hehe.saja je nak tunjuk pic ni kat korang semua ^^ ini la roommates beta :) ilya and zati yang ohsem gila ! >< hehe.jap ada banyak lagi pics yang aku nak tunjuk ni.hehe.saja nak share dengan korang.ini la tujuannya berblogging :) betul takk betul takkkk ? ^^




pic2 : baby-baby beruang untuk anak aku ^^ *sejak bila i kawin ni ? -.-





pic3 : posing sekejap with ilya cantik setelah menderma duit di mydin ^^

              penat-penat i tarik troli besar last-last derma rm6 je.haha.memang la si alyaa ni .humm. -.-





pic4  : my feveret cool blog yeahh ! oreo vanilla :) sangat sedappp.

nanti birthday aku korang belanja aku benda alah comel ni.aku nak seguni cool blog .boleh ? ^^ hehe
kita kan kawan.betull takk betull takk ? ^^ *mata kelip-kelip sambil buat muka comel nak minta orang belanja.haha



pic5 : tadaa !!!! double down !! jangan lupa untuk try tau sebab objek kat atas tu sangat-sangat
la sedap and buat perut anda buncit seketika ^^ *rm8++ only.ala carte.tolong promote ^^



pic6 : picnic dengan mereka sambil promote kfc and big apple sambil buat muka 
huduh -.-"

okay.aku rasa cukup la setakat tu.hehe.hamba pun dah penat ni. -o- *menguap.bye everybody ~

mood : bahagian atas tu entah apa-apa aku merapu -..-" pedulikan.thanx sudi baca. ^^

-lyaa adens-


CIK LYAA KEMBALI !

hye guys !
lama tak update blog.dh berkulat dah haa..almaklumla kan..busy memanjang.tiap-tiap hari ada kelas.fuhh..baru part one belum lagi part one dah mengeluh.astargfirullahalazim... -.-

ehem.

aku banyak benda nak kongsi dengan korang semua.topik nya agak HOT and lagi HOT kalau korang pun turut menyampuk.hehe.biasala kan..korang kan banyak mulut ;p

and kalau korang nak aku tulis apa-apa entry or tentang topik-topik yang HOT gila,just cakap saja. 

BUT HOW ?

alah..korang ni MUKA BUKU kan ada..so rajin-rajin la jenguk wall aku.kalau nk tanya something tu inbox saja la..sharing is caring kan sayang.

ACTUALLY !

aku nak hasut korang agar abaikan post or entry aku yang agak merapu and entah apa-apa tu.semua tak boleh pakai.entry kanak-kanak saja semua tu *muka cam sengal aje kan kutuk entry sendiri -..-

okay.just abaikan sahaja ehh?
bukan apa entry dulu-dulu akan membuatkan muka korang jdi macam ni

----------------------------------------------


CUN GILA KAN ? HAHA :D

and then aku buat pulak muka macam ni

----------------------------------------------


confirm korang rasa macam nak penyek-penyek saja muka aku yang OHSEM
gila ni kan ?kah kah kah.
*ketawa sambil golek-golek

okay.
disebabkan korang rindu aku sangat-sangat.
meh sini aku nak habaq something . ^^

korang kenal tak band korea FT ISLAND.
*tolong jawab kenal and tolong jangan malukan aku -..-


alala mucuk-mucuk.comel kan ?
^^
yang aku paling MELT gila-gila ialah yang ni

-----------------------------------------------------

TADAA !




MEOWWW!
handsome kan kan ? ><
haha
-JANGAN AMBIL PAKWE AKU-

haha
><

serba-sedikit pasal FT ISLAND ni...
korang search sendiri lah ekk ?
kih kih !

OUH BEFORE THAT !
korang tak dengan band CN BLUE.
*tolong jawab kenal.and jangan malukan orang yang tulis entry ni. -.-"


yang ni pun i minat jugak.HANDSOME KAN ?
guys,kalau korang perasan band yang aku minat semua yang HOT-HOT GILA and
comel-comel.
habis tu,jejaka malaya yang HITAM MANIS ni tak HOT ke ?
ehe..
korang pn HOT juga.tapi mereka lagi HOT.
^^
hehe
abang-abang sekalian jangan kecik hati ea ? :3 *buat muka cute.
*menyampah -..-

okay.kalau dalam band FT ISLAND,yang paling aku minat ialah *aku pun lupa nama dia apa :p
kih3
kalau dalam band CN BLUE yang paling aku minat ialah ::

------------------------------------------------


hehe.yang ni bukan sebab handsome saja tapi sebab dia nyanyi rilex and cool saja.
macho maintain.haha

agak-agak kan kalau rumah dia terbakar esok-esok
muka dia maintain cool ke ?
-apa kaitan nya ? -..- -

okay.
sudah !
mood study aku dah datang balik
masa merapu dah tamat.
babai ! <3

mood:merapu untuk cari mood study -.-