warkah cinta buat bakal suamiku :')

assalamualaikum .

entry kali ni agak serius sikit.ceehh.serius la sangat.-.- tapi no more merapu-merapu ehh?aku tulis warkah ni ikhlas daripada hati aku sendiri and from rintihan or luahan perasaan kawan-kawan aku yang bergelar perempuan a.k.a wanita.

dear boys or lelaki sejati..listen hear.baca and hayati betul-betul.in sha allah korang akan lebih faham bout what women wants from si lelaki-lelaki ni.maybe ada sesetengah perempuan yang sependapat dengan aku and maybe tidak.depends on masing-masing la ehh ? :)

ehem.


--------------------------------------------------------------


assalamualaikum..

wahai bakal suamiku....
aku menulis warkah ini agar kau mengerti tentang apa yang aku harapkan daripadamu suatu hari nanti..
memang aku sekarang aku tidak mengenalimu atau mungkin kau adalah sahabatku sendiri tetapi jodoh itu ditangan Allah..tiada siapa yang tahu sehinggalah aku sah menjadi isterimu nanti..

wahai bakal suamiku..
aku tidak mengharapkan wajahmu sekacak robert pattinson..tapi..cukuplah sekadar sedap mata memandang.aku tak mengharapkan wajah yang berkulit putih,sasa atau kaya..yang aku harapkan adalah seorang lelaki yang boleh mengimami aku dan anak-anakmu suatu hari nanti dengan baik..dan mempunyai kerja yang halal serta boleh mendidik dan menjadi ketua keluarga yang baik..aku tak minta harta yang melimpah-ruah mahupun rumah yang besar-besar..yang aku pinta hanyalah nafkah yang mencukupi buat aku dan anak-anak  dan rumah yang mempunyai bilik tidur yang cukup untuk kita sekeluarga nanti..


wahai bakal suamiku..
aku harap kau seorang lelaki yang setia pada yang satu..bukannya seribu..dan aku tak kisah tentang masa lalu mu..jika dahulu kau seorang playboy or kaki betina or apa-apa sahaja perbuatan yang tak elok pernah kau lakukan..tapi kau sudah tinggalkan perbuatan terkutuk itu..aku terima dan redha..kerana dalam dunia ini tiada manusia yang sempurna dan tak pernah lepas daripada melakukan kesilapan..

wahai bakal suamiku...
aku harap kita akan bercinta selepas kahwin..kerana percintaan itu lebih indah dan membawa seribu barakah..in sha allah.keredhaan allah bersama restu ibu-bapa akan membawa seribu kebahagiaan dalam rumah tangga kita nanti..in sha allah..akhir sekali..sebelum aku akhiri warkah ini...aku mengharapkan agar kau menjaga batas-batas pergaulanmu dan maruahmu sebagai seorang lelaki dan anak kepada ibu-bapamu..didiklah dirimu daripada sekarang untuk menjadi seorang suami dan bapa yang baik suatu hari nanti..semoga Allah memberkati mu..ameen.. :')

yang menunggumu...
aku ,bakal isterimu


okay.aku rasa itu sahaja.sorry kalau ada ayat aku yang salah.hehe.almaklumla ayat budak 18 tahun ^^ hopefully kalian semua boleh terima la ea.and thanx sudi baca.wassalam :)


2 comments: